Thursday, 16 August 2012

opsss i 4got my birthday...

tanggal 05.08 lalu maka genaplah umur saya yg ke 18tahun(ahaks...perasaan betul...sendiri angkat bakul nek lif la kan...hahahaha)...time tarikh ni bersamaan dengan 16 Ramadhan iaitu ari ahad...percaya @ x saya sendiri sebenarnya lupa pada birthdy saya...lol....

ini pn teringat bila buka FB terkezuttt cz ramai & banyak  wish dr geng2 & member...baru la teringat rupanya ari 2 adalah my birtnday...patutlah my hsbn asyik bertanya nak apa pada malam sebelumnya...hairan bin ajaib jua cz balik2 bertanya...sampai nek fed-up di buatnya...hehehehehe...rupanya dia nak bagi hadiah...nyesal pulak x minta pa2...huhuhuhuhu...lau x i nak minta sebijik kereta oooo...hahahahahaha...

tq 2 all my frnz yg wish my birthdy...TQ SO MUCH...LOVE U ALL...

suasana d pejabat(menjelang raya)

salam semua....

raya dah nak dekat da ni...d pejabat ni juga da terasa cz ramai da staff yng bercuti sempena raya...saya???
jangan d tanyala...tahun ni saya x bercuti...kerja ooooo....adeiiiiiii...

Sunyi dan sepi ja dekat opis ni...yang kedengaran hanyala lagu2 raya ja...
ketupat2 sate pulak da tergantung...tgk kat atas ja kompom nampak ketupat2 ni...
Lampu2 da on jua...lip lap lip lap da...tu diaaaa...p mana2 la dalam pejabat ni..semua 2 pasti ada...terasa benar..

dekat unit saya ni jua tidak ketinggalan..cuma bezanya d tempat kami lampu lip lap ja yg xda...kami kan sentiasa mengamalkan jimat cermat...mesra alam g2...hehehehehe...walaupun x da lampu lip lap lip lap...tempat kami ni tetap ceria & suasananya tetap terasa..pa taknya..lagu raya sentiasa di mainkan...terutamanya lagu dr allahyarham Sudirman...

Bos da ada yang cuti da...member seorang da balik tengahari...nahhhh tinggal beberapa org g kami d opis ni,,da la unit kami ni hanya ada 10 org staff je..

KESUNYIAN YNG MELANDA....fuhhhhhh

MENJELANG RAYA......Persiapan??????OMG

Hari ni da masuk 27Ramadhan da..maksudnya x lama lagi syawal bakal menjelang (insyallah)..
Agak2 bila raya ya??hehehehe...19 @ 20 Ogos ni..pa pn sama2 la kita menanti sabtu ni yerrr...

bercakap sal menjelang raya ni...mesti u all da bz buat persiapan nak raya ni kan...hmmm saya...(susah mo cakap la...)tahun ni hura hara berbanding tahun lalu...mana dapur belum siap lagi...biskut thn ni langsung x buat cz 1 x larat(ngandung)  ke-2nya cam na nak buat biskut raya lau dapur dok kena buat..kang buat biskut bercampur pulak dengan habuk2 & pasir, tak ke nyahya 2...my hsbn pn sakit pala da...cian dia...
but semalam nasib baik la dapur 2 da kena pasang syiling da...adik saya pulak kecian bila sy ingat semula..pa taknya malam2 jam 11mlm sanggup p rumah nak siapkan lampu2 n elektrik d dapur 2...da siap separuh terpaksa balik semula ke sekolahnya...lagi beberapa ari nak raya ni beb...sakit pala...duit pulak da bnyk melayang(tpi x pa la melayang pn bukan untuk benda2 lain..untuk dapur jua)...

i2 kisah dapur & biskut...biskut saya n hsbn tempah ja dekat kawan2...biskut2 thn ni mak aiii harganya...fuhhhhhhhhhh...leh tahan juak ....tutup mata je la..kang kawan2 dtg ke rumah x da biskut raya nak hidangkan pa pulak...huhuhuhuhuhuhu....ada la dalam 5 jenis kami beli g2...syukur jua la ada drp langsung x kan....Tq so much 2 my hsbn cz memahami isterimu ni..almaklumlan isterinyakan sdg sarat mengandung...dialah yang TERPAKSA buat kerja2 rumah..hehehehehe....bila da siap org buat keja kat dapur 2 dialah yng tlg bersihkan...saya????huhuhuhuhuh jangan cakap la...x larat da wehhhhh....hehehehehe...

bab  baju raya pulak...adeiiii ni g bikin sakit pala oooo...ntah siap ntah x bju 2...kita tunggu ja la dr tukang jahit 2...tukang jahit yg pertama da call baju x sempat siap(kecewa ooo)..tukang jahit ke-2 dia akan cuba untuk siapkan menjelang malam raya katanya...mudahan siap la...dah la tahun ni baju2 kurung da x muat...huhuhuhuhu sedih giler but terpaksa menahan je...banyak la tapi n but pulak..hehehehehe.... tahun ni juga la baju anak x terjahit...ni men beli ja...

halaman rumah pulak masih belum dikemas...cz proses renovation dapur masih berjalan...sepeti tempat pembuangan sampah da depan rumah ni...sabar je la...

tahun ni raya pertama baru la kami sekeluarga akan balik ke kampung saya..yesss...setelah 2 tahun berturut2 raya pertama beraya tempat kg hsbn tahun ni raya pertama giliran kg saya pulak...ikutkan ati jumaat ni da balik kg...terpaksa pulak tunggu adik saya seorang g ni pulak..tu yg raya pertama baru dapat balik kg...but it's ok cz lagi bezz cz ada adik join sekali balik kg...adik saya ni dia akan terbang dr penang ke kk 19hb ni...dijangka tiba d kk jam 1-2 ptg g2...sempat jua la kami akan beraya d kg my hsbn..alah kg my hsbn pn bukan jau hehehehehe...dekat2 area sini jua...hahahaha...

so begitu la cerita perihal menjelang raya...hahahahaha...kamu pulak cam na??????jom kita kongsi2 cerita


KAHWIN. AWAL......hmmmm

sedang asyik layan blog2 ni...tetiba ada 1 topik ni buat saya benar2 tertarik..iaitu berkaitan KAHWIN...
kalau kita tgk sekarang ni banyak prblm & masalah remaja kita ni...d suruh khwin banyak la alasan..ntah pa yg saya mencarut ni..kita kongsi2 la benda ni...


MASA COUPLE TERASANG.....KAHWIN JER LA....


Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mahu belajar kan?

Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih belajar. Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu.

Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ.

Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah.

Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus.

Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda.

Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembah maksiat.
Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut?

Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal.

Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.

Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Thursday, 9 August 2012

Salam semua...salam Ramadhan..

salam semua...teramat lama da x update blog ni kan??(mmg lama pn..)bukan pa masa x m'izinkan..hahahaha...nak di jadikan ceta..ari ni da 20 hari kita berpose...cepat benar masa berlalu,tgk da masuk ke 20hari da..x lama g raya da..sygnya sy x dpt berpose penuh lagi tahun ni disebabkan i mengandung anak kedua..boleh pose sebenarnya cuma pada pose ke19 tu,tetiba kandungan ni x berapa aktif bergerak walhal pada masa 2 sy sedang berpose..kuatkan semangat tunggu la sampai berbuka..bila da buka 2,g tau la suami keadaan kandungan,bukan main terkejut g my hsb..esoknya i x pose hinggala ari ni..mudahan kandungan i x pa2...

tahun ni juga da masuk 2tahun kami suami isteri berpose bersama-sama,but tahun ni berbeza sedikit cz da ada org ketiga iaitu buah ati kami BALQIS..kita bangun untuk sediakan shur dia pn bangun juga nak tolong..hahahaha..berantakan dapur 2 dibuatnya..dan di sahur 2 jugala i dan balqis akan bergaduh cz dia selalunya akan menyemakkan dapur..hahahaha...penyeri ku...ada juga kwn time nak sedikan sahur 2..dulu seorang je i kat dapur..bercakap sal BALQIS ni,dia da 1thn 6 bulan da..kandungan i juga da 6 bulan.Insyallah bulan nov ni dia da ada adik da..amin..tambah cerilah rumah kami nanti..

Dan selalunya time nak berbuka pose 2 kami akan berbuka tempat mentua,cz lau balik rumah g kompom x sempat punya...so mmg selalu akan singgah tempat mentua..(paling suka bila mak mentua i masak sup..NYAMAN G2 terutamanya sup tulang..x tahan..kalah dekat kedai2 d luar 2)...hahahaha...ni mesti belajar dgn mentua ni..Mentua sy ni mmg terro memasak..dan keTERROannya 2 di turunkan kepada biras sy..yela cz biras i duduk sebumbung dgn mentua sy,sy ni plk duduk x sebumbung dgn mentua...hehehehe..kadang2 mintak ajar dgn biras bila  mentua x ada d rumah...
Maknanya bila time SUNGKAI adik beradik my hsbn akan berkumpul di rumah org tuanya...binggit juga but meriah..so 2 la ceta di bulan ramadhan ni..ok la t kita ceta g,nak balik da weh...hsbn da tunggu 2...